Tuesday, April 29, 2008

8G pada lelaki akan dibenci wanita..

1.Garang (garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, sukamarah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua,) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut. 2.Ganas (kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita. 3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar. 4.Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara. 5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan,) Kalau mase bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudahpasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi. 6.Gerumal (bahasa kedah - bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah. 7.Ganggo(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat) Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik. 8.Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalahpasang niat nak mengorat. Anda perlui ngat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalikbatu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yangmencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri anda sah daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Rahsia Dahi

DAHI.. Rahsia tetap rahsia?? eh.. tidak semestinya, tidak semua rahsia tetap akan menjadi rahsia selamanya.. korang nak kenal lebih rapat dengan si dia y ang menjadi pujaan hati korang selama ini? Tenung, kaji & amati si dia betul-betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!! DAHI LEBAR.. Ciri2: saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang. Faktor2 bes: Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain, berjimat cermat. Faktor2 kurang bes: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara. DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT.. Ciri2: rambut terjuntai seolah menutupi dahi. Faktor2 Bes: Pemurah dari segi tenaga, wang ringgit @ apa saja. Faktor2 kurang bes: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan. DAHI BENTUK HATI.. Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'. Faktor2 Bes: murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berimaginasi. Faktor2 Kurang bes: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia. DAHI JENDOL.. Ciri2: Dahi menonjol, permukaan luas. Faktor2 bes: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana Faktor2 Kurang bes: Kurang keyakinan pada diri sendiri. Lagi satu kalau bercinta, tak ingat dunia. DAHI BERSEGI.. Ciri2: Berbentuk seakan petak Faktor2 bes: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu. Faktor2 kurang bes: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu DAHI SEMPIT.... Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut. Faktor 2 Bes: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa, cerdik. Faktor2 kurang bes: Yang nie tak banyak kelemahan.. sukar mencari pasangan hidup. Terbongkarlah satu rahsia di sebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie kenalah cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita! Apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu..

10 tanda kekasih anda cemburu buta

SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama. Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah. Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Berkongsi 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia. Beremosi keterlaluan. Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Sering melemparkan tuduhan. Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat. Cuba mencari kesalahan anda. Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda. Sanggup bunuh diri. Ucapan 'bunuh diri' sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya. Sentiasa ingin bersama. Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu. Anti sosial. Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya. Wartawan dan polis. Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa. Suka buruk sangka. Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu. Takut dipermainkan. Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu. Pantang telefon berdering. Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama. Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan
----------------"LOVE IS ALWAYS TO BE COMPLICATED BUT A CHEMIST ALWAYS HAS A SOLUTION"