DAHI.. Rahsia tetap rahsia?? eh.. tidak semestinya, tidak semua rahsia tetap akan menjadi rahsia selamanya.. korang nak kenal lebih rapat dengan si dia y ang menjadi pujaan hati korang selama ini? Tenung, kaji & amati si dia betul-betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!! DAHI LEBAR.. Ciri2: saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang. Faktor2 bes: Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain, berjimat cermat. Faktor2 kurang bes: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara. DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT.. Ciri2: rambut terjuntai seolah menutupi dahi. Faktor2 Bes: Pemurah dari segi tenaga, wang ringgit @ apa saja. Faktor2 kurang bes: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan. DAHI BENTUK HATI.. Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'. Faktor2 Bes: murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berimaginasi. Faktor2 Kurang bes: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia. DAHI JENDOL.. Ciri2: Dahi menonjol, permukaan luas. Faktor2 bes: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana Faktor2 Kurang bes: Kurang keyakinan pada diri sendiri. Lagi satu kalau bercinta, tak ingat dunia. DAHI BERSEGI.. Ciri2: Berbentuk seakan petak Faktor2 bes: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu. Faktor2 kurang bes: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu DAHI SEMPIT.... Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut. Faktor 2 Bes: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa, cerdik. Faktor2 kurang bes: Yang nie tak banyak kelemahan.. sukar mencari pasangan hidup. Terbongkarlah satu rahsia di sebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie kenalah cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita! Apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment